VideoViral.info

Jum'at, 21 Juni 2019 (04:25)

VideoViral.info adalah mesin pencarian video dan download video. Kami telah mengindeks jutaan video dari seluruh dunia


Judul:Korban Unta Di Pakistan
Durasi:7 mnt 3 dtk
Dilihat:55.699x
Dipublikasikan:24 November 2018
Di Upload Oleh:IamMalaysian Vloggers
Sumber:Youtube

DMCA Report

1. Apakah yang dimaksudkan dengan ibadah korban?

– Korban dalam bahasa Arab disebut al-udhhiyah, iaitu binatang yang disembelih pada waktu Dhuha.

Manakala penertiannya dari segi hukum syara’ ialah binatang ternakan (na’am) seperti kambing, lembu atau kerbau yang disembelih pada Hari Raya Aidil Adha atau pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) dengan niat untuk menghampirkan diri kepada Allah.

2. Apakah hukum melakukan ibadah korban?

– Hukum menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban ke atas umat Islam yang mampu ialah sunat Kifayah(sunat yang dituntut) dan jikalau meninggalkannya adalah makruh.Allah S.W.T berfirman;
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. Surah al-Kautsar (2):
Mengikut tafsiran ulama maksud solat atau sembahyang pada ayat ini ialah solat Aidil Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.

3. Apakah dalil yang mensyariatkan ibadah korban?

– Imam Ibnu Jarir mentafsirkan ayat seperti di atas tersebut seperti berikut:“Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah semata dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai tanda syukur terhadap apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya”.

4. Apakah kelebihan melaksanakan ibadah korban?

– Ibadah korban merupakan ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar disisi Allah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.”
Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim.

5. Apakah hikmah melakukan ibadah korban?

– ibadah korban yang menjadi amalan umat Islam sekarang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan peristiwa korban di antara Nabi Ibrahim A.S. dengan anaknya Nabi Ismail A.S. Maka dengan melihat kepada peristiwa tersebut beberapa hikmah dapat disimpulkan;
1. Ia menguji kekuatan iman dan keteguhan mental orang yang berkorban.
2. Supaya orang yang berkorban dapat menjauhkan diri daripada sifat terlalu sayangkan harta dan kedekut dengan harta yang Allah S.W.T kurniakan kepadanya.
3. Berkongsi merasai nikmat Allah S.W.T dengan golongan yang kurang bernasib baik atau miskin.
4. Membudayakan dalam masyarakat salah satu syiar Islam iaitu berkorban.

6. Bolehkah penyembelihan haiwan korban diniatkan sekali dengan aqiqah?

– Pada hari raya korban kita disunatkan menyembelih haiwan korban, begitu juga pada hari ketujuh kelahiran seorang anak, kita dituntut melaksanakan aqiqah untuknya, jadi apabila bertemu hari raya korban bertepatan dengan hari ketujuh kelahiran anak, maka mengikut pandangan ulama mazhab Hanbali, kita boleh gabungkan niatkan perlaksanaan korban tersebut dengan niat untuk aqiqah anak, seperti mana jika bertemu hari Jumaat dengan Hari Raya, maka saudara boleh niatkan mandi sunat keduanya dengan sekali mandi sahaja.

7. Siapakah yang dituntut untuk melaksanakan korban?

– Menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Korban dianjurkan ke atas seluruh umat Islam, akan tetapi tuntutan sebenar ialah kepada yang mampu, sehingga Rasulullah S.A.W memberi amaran dalam beberapa buah hadis kepada mereka yang tidak menunaikan ibadah korban, antara hadis tersebut ialah;Maksud hadis,
“Sesiapa yang mempunyai kelapangan (mampu), tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.”

8. Apakah jenis-jenis ibadah korban?

1. Korban sunat, iaitu menyembelih binatang ternakan yang tertentu dengan niat taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah S.W.T. pada Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji.

2. Korban nazar, apabila seseorang bernazar untuk menyembelih korban, maka wajiblah atasnya menunaikan nazarnya itu.

9. Apakah yang dimaksudkan dengan korban nazar?

– Korban nazar ialah apabila seseorang itu mengatakan bahawa jika dia mendapat apa yang dihajatinya dia akan menyembelih haiwan korban, maka wajiblah ke atasnya menunaikan nazarnya itu. Bahkan Imam Nawawi menyatakan bahawa apabila telah terlewat hari yang ditentukan untuk penyembelihan korban dan ternyata saudara terlupa untuk menyembelih korban yang dinazarkan itu, maka wajiblah bagi orang yang bernazar tadi menyembelihnya ketika dia teringat, walaupun telah berlalu waktunya.

10. Apakah yang dinamakan korban wajib?

– Korban wajib ialah apabila seseorang membeli seekor kambing atau lembu atau unta dengan mengatakan bahawa ‘haiwan ini adalah untuk sembelihan korban’, atau ‘aku beli haiwan ini untuk korban’, maka adalah wajib beliau menyembelih haiwan tersebut sebagai korban pada hari raya korban.

Download

Catatan : Jika video yang anda download berjudul videoplayback. Silahkan ganti judul video dengan ini Korban Unta Di Pakistan.mp4 Format .mp4 bisa anda ganti sesuai format yang anda download.